Rakyat Malaysia berpeluang untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 7 di pasaran lebih awal dari apa yang dijangkakan sebelum ini. Tahun ini, pengguna di Malaysia bakal memperoleh Galaxy Note 7 pada tarikh yang sama peranti ini hadir ke pasaran antarabangsa.
Telefon pintar terbaru keluaran Samsung ini masih lagi mengekalkan paparan QHD 5.7 inci, sama seperti keluaran terdahulu. Cuma, untuk peranti terbaru ini ia dilengkapi dengan pemproses terbaru Exynos 8890 lapan teras. Selain itu juga, telefon pintar ini memiliki storan UFS 2.0 64GB dengan slot pengembangan untuk tambahan ruang storan melalui kad mikro SD.
S Pen yang terbaru turut disertakan bersama Galaxy Note 7 ini bagi melengkapkan fungsi-fungsi unik Galaxy Note seperti kemudahan mengambil nota dengan pantas seperti pengambilan nota ketika paparan skrin di off kan dan juga kebolehan mengambil nota di dalam air. Tengah mandi pun korang boleh assignment pakai peranti ni! Fungsi Air Command turut ditambah baik dengan tambahan fungsi Translate (terjemahan) dan Magnify (kanta pembesar) yang baru.
Samsung akan membuka pra-tempahan atas talian untuk Samsung Galaxy Note 7 di Malaysia dari 8 hingga 10 Ogos ini. Sebanyak 4,000 unit disediakan bagi memenuhi permintaan pra-tempahan ini. Samsung turut memberikan membayangkan akan memberikan sedikit saguhati buat mana-mana pembeli yang membuat pra-tempahan.
Samsung Galaxy Note 7 secara rasminya akan dijual bermula 19 Ogos ini pada harga saranan RM 3,199. Ia akan hadir dengan variasi tiga warna iaitu Gold Platinum, Silver Titanium dan Black Onyx.
-Sumber berita diperoleh dari NST