Telefon pintar keluaran terbaru Samsung, Galaxy Note 10 dijadualkan bakal dilancarkan esok pada jam 4 pagi waktu Malaysia. Menurut sebuah laporan dari portal lowyat.net, telefon pintar Samsung terbaru ini bakal dijual pada harga bermula dari RM3,699 untuk variasi storan 256GB melalui Celcom.

Manakala untuk Samsung Galaxy Note 10+ pula, bagi variasi storan 256GB bakal dijual pada harga RM4,199 dan untuk storan 512GB pula, harga yang ditawarkan adalah dari RM4,799.

Turut dilaporkan, Celcom mula membuka pra-tempahan telefon pintar ini bermula dari 8 Ogos hingga 18 Ogos ini. Peranti-peranti yang dipra-tempah bakal diterima pembeli pada 22 Ogos.

Sehingga itu, kita nantikan pengumuman rasmi pelancaran Samsung Galaxy Note 10 dan juga penawaran oleh Celcom pada esok hari.

Tinggalkan komentar