Samsung secara rasminya telah mengumumkan tarikh acara pelancaran Galaxy Unpacked akan berlangsung pada 7 Ogos 2019. Diadakan di New York kelak, pihak Samsung tidak menyatakan secara berterus-terang peranti apa yang bakal dilancarkan di dalam acara berkenaan.

Apa yang dapat diketahui melalui video ejek yang diterbitkan dapat membayangkan peranti yang bakal dilancarkan besar kemungkinan Samsung Galaxy Note 10.

Selain dari itu, video berkenaan menunjukkan S Pen dengan kamera yang menggambarkan kaitan antara pena khas dari Samsung ini dengan penggunaan kamera pada peranti ini nanti. Samsung sebelum ini dilaporkan telah mempatenkan pena stylus yang berintegrasi dengan kamera bersama-sama keupayaan zum optikal.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan terdapat versi Pro dan bukan Pro untuk Galaxy Note 10 ini nanti yang berkemungkinan versi Pro dikatakan bakal dikenali sebagai Note 10 Plus. Bagaimanapun, maklumat ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

Sumber berita diperoleh dari Samsung

Tinggalkan komentar