Setahun yang lalu Samsung telah mengumumkan ciri-ciri pada Galaxy AI akan kekal percuma sehingga penghujung 2025. Selepas dari tempoh tersebut, pengguna perlu membayar untuk mengakses aplikasi-aplikasi tertentu.

Bagaimanapun, pada ketika itu tidak dinyatakan aplikasi apa yang akan kekal percuma dan aplikasi apa yang perlu dibayar.

Bercakap kepada Android Police, Samsung menyatakan kesemua ciri-ciri Galaxy AI yang ada pada telefon anda “by default” akan kekal pada peranti Galaxy anda. Ciri-ciri yang dimaksudkan seperti:

  • Live Translate
  • Note Assist in Samsung Notes
  • Zoom Nightography
  • Audio Eraser
  • Browsing Assist
  • Generative Assist
  • Now Brief
  • Photo Assist
  • Voice Recorder
  • Transcript Assist

Ciri-ciri lain yang dikuasakan oleh Google Gemini akan kekal percuma sehingga Google berubah berfikiran untuk mengenakan bayaran kelak. Buat masa ini langganan Gemini Advanced menawarkan ciri-ciri AI yang lebih berkuasa.

Galaxy AI telah menjadi sebahagian daripada ekosistem Samsung Galaxy. Sejak pelancaran siri Galaxy S24 pada 2024, Samsung giat melakukan penambahbaikan dan mengintegrasikannya ke dalam hampir segenap aspek telefon pintar dan aplikasinya.

Ura-ura mengatakan Samsung akan memperluaskan kefungsian Galaxy AI dengan syarikat-syarikat AI lain seperti Perplexity dari Open AI. Walaubagaimanapun, kerjasama tersebut jika benar terjalin mungkin akan menamatkan kerjasamanya dengan Google di masa hadapan.

Tinggalkan komentar