Utama Mobile Android Samsung Galaxy A80 dan A70 akan ke pasaran Malaysia awal Jun ini

Samsung Galaxy A80 dan A70 akan ke pasaran Malaysia awal Jun ini

993
0

Samsung baru-baru ini telah mengumumkan Galaxy A80 di dalam sebuah acara di Bangkok, Thailand. Telefon pintar ini hadir dengan ciri unik kamera berputar yang membolehkan pengguna menggunakan kamera utamanya untuk mengambil swafoto.

Kamera berkenaan mengandungi tetapan sebuah penderia berlensa 48MP f/2.0, sebuah lagi lensa bersudut ultra luas 123-darjah 8MP f/2.2 dan sebuah lensa penderia kedalaman 3D.

Selain itu, telefon pintar ini turut dilengkapkan dengan sebuah cipset lapan teras, bersama-sama RAM 8GB, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 3700mAh. Paparannya yang berukuran 6.7-inch Full HD+ turut disertakan bersama pengimbas cap jari terbina di dalamnya.

Galaxy A80 bersama-sama Galaxy A70 dijadualkan akan mula memasuki pasaran Malaysia sekitar awal Jun ini.

Bagaimanapun, gergasi elektronik dari Korea Selatan ini tidak mengumumkan mengenai harga jualan untuk kedua-dua model telefon pintar ini untuk pasaran tempatan.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samsung

Tinggalkan komentar