Utama Android Samsung Samsung Galaxy A14 5G dilancarkan di Malaysia; Hadir dengan Cip Dimensity 700,...

Samsung Galaxy A14 5G dilancarkan di Malaysia; Hadir dengan Cip Dimensity 700, Skrin LCD 6.6-inci 90Hz, berharga RM949

667
0
samsung-galaxy-a14-5g

Setelah melancarkan Galaxy A14 varian 4G, Samsung turut melancarkan Galaxy A14 5G baru-baru ini. Telefon pintar ini menawarkan pelbagai penambahbaikan berbanding varian 4G dengan harga yang lebih tinggi sedikit.

Menurut laman web rasmi Samsung Malaysia, telefon pintar ini menggunakan cipset MediaTek Dimensity 700 bersama-sama RAM 6GB dan storan 128GB. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W melalui port USB-C yang disediakan.

Galaxy A14 5G menampilkan skrin LCD 6.6-inci 90Hz dengan resolusi 1080 x 2408 piksel. Ia juga mempunyai paparan Infinity-V yang menampatkan sebuah kamera hadapan 13MP.Samsung Galaxy A14 5G Kamera

Pada sebelah belakangnya pula disediakan tri kamera iatiu kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP. Lain-lain spesifikasinya termasuklah dwi-SIM, ketersambungan 5G, Bluetooth 5.2, NFC, bicu audio 3.5mm, slot kad mikroSD, dan antaramuka OneUI Core 5 berasaskan Android 13.Samsung Galaxy A14 5G Kamera

Di Malaysia, Galaxy A14 5G boleh didapati dalam pilihan warna Black, Dark Red, dan Silver serta hanya dalam satu pilihan konfigurasi sahaja iaitu RAM 6GB dan storan 128GB.

Sungguhpun laman web rasmi Samsung masih lagi belum menyatakan harga jualannya di pasaran tempatan, wakil pengedar yang sah DirectD telah pun menawarkan pra-tempahan telefon pintar ini pada harga RM949.

 

Tinggalkan komentar