Samsung baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran telefon pintar peringkat pemula terkininya di Malaysia, Galaxy A04s. Sungguhpun harganya sedikit mahal berbanding model sebelum ini, telefon pintar baharu ini hadir dengan beberapa penambahbaikan terutamanya pada fotografinya.

Sebelum itu, kita mulakan dengan skrin Samsung Galaxy A04s yang menawarkan panel LCD PLS 6.5-inci dengan resolusi 720 x 1600 dan kadar kecerahan 400 nits. Secara asasnya, skrinnya masih sama dengan model sebelumnya cuma kini hadir dengan kadar penyegaran semula yang lebih tinggi.

Turut disediakan, pengimbas cap jari pada bahagian sisinya, port USB-C, pembesar suara dan bicu audio 3.5mm. Menurut Samsung, telefon pintar ini berkenaan hadir dengan sokongan Dolby Atmos apabila anda mendengar melalui fon kepala atau earbuds.samsung-galaxy-a04s-malaysia-dolby atmos

Tidak seperti model sebelum ini yang menggunakan pemprosesan MediaTek, Galaxy A04s menggunakan cipset Samsung Exynos 850 bersama-sama GPU Mali-G52. Untuk model di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, bersama-sama slot kad mikroSD sehingga 1TB.

Ketersambungannya pula menyokong rangkaian 4G LTE, Wi-Fi 802.11, Bluetooth 5.0 dan sokongan NFC. Telefon pintar ini menggunakan antaramuka One UI Core 4 berasaskan Android 12.samsung-galaxy-a04s-malaysia-2

Menguasakan telefon pintar ini, terdapat bateri berkapasiti 5,000mAh yang menurut Samsung mampu bertahan sehingga 20 jam untuk sekali cas. Pun begitu, Galaxy A04s ini tidak menyokong pengecasan pantas.samsung-galaxy-a04s-malaysia-price-kamera

Bahagian belakang Galaxy A04s menempatkan tri-kamera yang mengandungi satu kamera utama 50 MP f/1.8, kamera makro 2 MP f/2.4, dan kamera berkedalaman 2 MP f/2.4. Pada sebelah hadapannya pula terdapat satu kamera 5MP.

Harga Samsung Galaxy A04s di Malaysia

Telefon pintar Galaxy A04s di Malaysia kini boleh didapati di Malaysia secara dalam talian dan juga di kedai-kedai fizikal. Pada harga RM699, telefon pintar ini boleh didapati pada harga Copper, Green, Black.

  • Samsung Galaxy A04s (RAM 4GB, storan 64GB) – RM699

samsung-galaxy-a04s-malaysia-price-1

Tinggalkan komentar