Utama Android Samsung Samsung Galaxy A03s dilancarkan di Malaysia, Berharga RM559

Samsung Galaxy A03s dilancarkan di Malaysia, Berharga RM559

621
0

Samsung telah melancarkan Galaxy A03s di Malaysia, sebuah telefon pintar peringkat pemula berkesinambungan dari Galaxy A02s yang dilancarkan awal tahun ini.

Sungguhpun menawarkan sedikit penambahbaikan, telefon Samsung baharu ini hadir dengan cipset yang lebih pantas. Selain itu cipset berkenaan juga lebih berkecekapan penggunaan tenaga serta mampu ditawarkan pada harga mampu milik iaitu di bawah RM600.

Samsung Galaxy A02s ini hadir dengan paparan TFT LCD Infinity-V HD+ 6.5-inci. Seperti siri Galaxy A0 lain sebelumnya, paparan ini tidak menyediakan pengimbas cap jari terbina dalam. Namun, pengimbas cap jari masih lagi disediakan melalui butang kekuncinya pada sebelah sisinya.

Telefon Samsung ini juga menampilkan ciri-ciri lain seperti:

  • Wi-Fi Direct
  • Sokongan Bluetooth 5.0
  • Sokongan pengemudian GPS, Glonass, Beidou dan Galileo

Untuk antaramukanya, Galaxy A03s menggunakan One UI versi terkini yang berasaskan sistem operasi Android 11.

Seterusnya, untuk spesifikasi perkakasannya, ia dilengkapkan dengan cipset 4G MediaTek Helio P35. Bersama-sama RAM 4GB, telefon ini turut menyediakan ruangan storan 64GB. Selain itu, turut disediakan slot kad SIM tiga slot yang menyediakan 2 ruang kad SIM dan 1 ruang kad mikroSD.

Kamera Galaxy A03s menawarkan konfigurasi yang sama seperti model yang terdahulu. Ia menawarkan sebuah sensor utama 13MP f/2.2, makro 2MP f/2.4 dan berkedalaman 2MP f/2.4. Untuk rakaman video, telefon ini mampu merakam dengan kualiti resolusi 1080p pada kadar 30fps. Tidak ketinggalan, sebuah kamera swafoto 5MP f/2.2 disediakan pada sebelah hadapannya.

Sama juga seperti Galaxy A02s sebelum ini, telefon Samsung baharu ini menyediakan sebuah bateri berkapasiti 5,000mAh. Pun begitu, Samsung menjelaskan telefon ini hanya menyokong pengecasan pada 7.75W sahaja melalui USB-C berbanding sebelumnya yang menyokong pengecasan pantas 15W.

Terdapat tiga warna pilihan yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy A03s iaitu Biru, Hitam dan Putih, dengan harga jualannya RM559. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan info lanjut, layari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar