Awal bulan ini Samsung memperkenalkan One UI 8 menerusi Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7, menjadikan kedua-duanya peranti pertama menerima versi terkini sistem operasi berkenaan. Ia dilihat bukan dilaksanakan secara one-off, sebaliknya dijangka akan pelan jangka panjang baharu untuk kemaskini perisian Samsung.

Menurut hantaran oleh pengguna Ice Universe di X, Samsung akan melancarkan peranti boleh lipatnya bersama-sama Android versi paling terkini. Ini kerana terdapat laporan yang mendakwa Samsung sedang merancang menyelaraskan kemaskini One UI utama dengan versi baharu Android. Berkemungkinan model Z Fold pada tahun hadapan akan diperkenalkan dengan One UI 9 berasaskan Android 17, dan seterusnya.

Jadi, bagaimana pula dengan siri Galaxy S yang sehingga ke hari merupakan yang pertama menerima kemaskini stabil One UI terkini?

Berdasarkan dakwaan Ice Universe, barisan telefon pintar berkenaan akan menerima kemaskini versi One UI yang lebih diperkemaskan sebagai contoh X.5 dan seterusnya.

Walaupun siri Galaxy S kelihatan seperti diketepikan, kandungan kemaskini yang diterima olehnya dilihat lebih rapi berbanding versi yang diterima pada model-model telefon pintar boleh lipat. Malah, garis masa yang lebih panjang untuk kemaskini tersebut memberikan lebih ruang penambahbaikan.

Tinggalkan komentar