Anda mungkin menjangkakan selepas melancarkan Galaxy Note 9, Samsung kembali menumpukan pembangunan peranti mercunya untuk tahun 2019 pula. Namun, tahun ini agak berlainan kerana Samsung telah memberikan bayangan untuk melancarkan sebuah lagi peranti Galaxy terbaru dalam tahun ini juga.
Semalam, gergasi elektronik Korea Selatan telah mendedahkan akan melancarkan sebuah lagi peranti Galaxy baru pada 11 Oktober ini. Tidak seperti acara Unpack bulan lepas yang sejak awal promosi lagi telah memberikan klu melalui S Pen, kali ini Samsung tidak memberikan petunjuk yang jelas peranti apa yang bakal dilancarkan nanti.
Selain dari memberikan bayangan peranti Galaxy, iklan acah berkenaan hanya menyatakan “4X”. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan 4X Keseronokan tersebut. Mungkin ianya membayangkan 4 lensa kamera utama pada tersebut.

Sehingga itu, sama-sama kita nantikan apakah peranti Galaxy terbaru yang bakal dilancarkan pada 11 Oktober kelak.













