Samsung mengadakan jerayawara ‘The New Lifestyle Roadshow’ bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati pelbagai produk Samsung dengan lebih dekat. Disamping itu, pelbagai tawaran eksklusif disediakan bagi memeriahkan acara.
Bermula di IOI City Mall, Putrajaya, dari 3 – 7 November 2021, jerayawara ini kini menuju ke One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, dari 10 – 14 November 2021.
Menerusi acara ini, pelbagai produk premium Samsung sepanjang tahun 2021 premium diketengahkan, merangkumi The Frame Lifestyle TV, Neo QLED 8K TV, dan telefon pintar pencetus trend baharu seperti Galaxy Z Fold 3 5G dan Galaxy Z Flip 3 5G.

Selain itu, beberapa penawaran menarik turut disediakan, antaranya:
- Kredit e-Wallet sehingga RM 6,000 bagi pembelian barangan terpilih menerusi Touch ‘n Go atau Boost
- Percuma Slim Fit Wall-Mount bernilai RM499 dengan pembelian Neo QLED 8K TV
- Akses percuma ke kandungan Samsung The Frame Art Store selama 3 bulan untuk pembelian televisyen gaya hidup baharu Samsung
- Dapatkan ‘Ultimate Bundle Ecosystem Pack’ untuk penjimatan sehingga RM3,200 untuk siri peranti Galaxy anda
- Percuma NW S Bag Edisi Terhad dengan setiap pembelian Samsung Galaxy Z Flip3 5G














