Jualan telefon pintar di seluruh dunia merosot sebanyak 13.3% dalam suku pertama tahun 2020. Jualan pada Februari sahaja menjunam sehingga 38% dengan mencatatkan hanya sebanyak 60 juta unit terjual.

Wabak pandemik COVID-19 juga telah memberi kesan ketara terhadap pasaran telefon pintar yang sudah pun lembab sebelum ini. Bagi mengatasi masalah ini, Samsung dilaporkan akan melancarkan sebilangan model telefon pintar 5G mampu milik sepanjang tahun ini.

Buat masa ini, Samsung sudah pun memperkenalkan dua model telefon pintar 5G mampu milik iaitu Galaxy A51 5G dan Galaxy A71 5G di pasaran Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kedua-dua telefon pintar Samsung 5G berkenaan masih lagi belum dijual dan dijangka akan mula dijual sekitar musim panas ini. Setakat ini, Galaxy A71 5G sudah pun mula dijual di China.

Galaxy A51 5G akan dijual pada harga $499.99 (~RM2,194), manakala Galaxy A71 5G pula akan dijual pada harga $599.99 (~RM2,621) di A.S. Di Korea Selatan pula, kedua-duanya masing-masing dijual pada harga 500,000 Won (~RM1,716)) dan 700,000 Won (~RM2,512). Manakala di China, Galaxy A71 5G dijual pada harga 3,999 Yuan ($2,097).

Melihat pada harga telefon pintar 5G mampu milik generasi pertamanya, kita dapat melihat Samsung telah membuat pengurangan harga sehingga 62% dalam tempoh 11 bulan. Telefon pintar 5G keluaran Samsung pertama, Galaxy S10 5G pada pelancarannya dahulu dijual pada harga $1299.99 (~RM5,680).

Samsung dijangkakan akan melancarkan model-model ini dan telefon pintar 5G milik yang lainnya di negara-negara yang mempunyai 5G yang sudah sedia untuk digunakan. Selain itu, Samsung juga akan meneruskan pelancaran model terbaru Galaxy A dan Galaxy M di kesemua segmen pasaran bagi mengatasi kelembapan hasil jualan.

Tinggalkan komentar