Kuala Lumpur, 25 Ogos 2025 – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan, Malaysia mencipta sejarah dengan pelancaran Ryt Bank, bank dikuasakan AI pertama di dunia yang dibangunkan khusus untuk rakyat Malaysia. Dibangunkan oleh YTL Group dengan kerjasama Sea Limited, Ryt Bank merupakan satu langkah berani ke arah masa depan digital negara, menggabungkan inovasi AI bertaraf dunia dengan nilai, bahasa, serta gaya hidup yang membentuk identiti Malaysia.

“Dengan Ryt Bank, kami membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia mempunyai keupayaan untuk mencipta dan membangunkan inovasi yang hebat. Dengan menggabungkan AI tempatan bersama nilai serta kepelbagaian masyarakat, kami telah membangunkan sebuah bank yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia, bank yang menggunakan bahasa kita, memahami budaya kita, serta menetapkan piawaian baharu untuk pengalaman perbankan sebenar.”
– Dato’ Seri Yeoh Seok Hong, Pengarah Urusan, YTL Power International.

Perbankan Direka Khusus Untuk Rakyat Malaysia

Dengan akses dalam aplikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin (tersedia menjelang September 2025), Ryt Bank memastikan perbankan benar-benar inklusif. Ia membolehkan setiap rakyat Malaysia mengurus kewangan dengan mudah dalam bahasa yang mereka fahami. Pendekatan berbilang bahasa ini merapatkan jurang budaya dan komuniti, menjadikan pengurusan wang lebih mesra, intuitif serta selamat.

Memperkenalkan Ryt AI – Pembantu Perbankan Anda yang Pintar dan Selamat 

Nadi utama Ryt Bank ialah Ryt AI, pembantu perbankan pintar AI yang dikuasakan oleh ILMU – model bahasa besar pertama yang dibangunkan di Malaysia. Ryt AI memahami bahasa yang digunakan dalam perbualan harian, sama ada dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, atau Manglish, dan mampu bertindak serta-merta terhadap keperluan perbankan harian. Daripada membaca serta membayar bil, menjejak perbelanjaan hingga menerangkan asas kewangan dalam istilah mudah, Ryt AI menggabungkan kemudahan, kefasihan budaya dan keselamatan tahap perusahaan.

Dibangunkan untuk Memenuhi Keperluan Sebenar dalam Satu Aplikasi Serba Lengkap

Ryt Bank menyatukan semua aspek kewangan anda, daripada simpanan dan faedah harian, sehinggalah kredit segera. Ia bercakap dalam bahasa anda, memahami keperluan anda, serta membekalkan alatan untuk mengurus, mengembang dan mengakses wang anda:

  1. Perbankan Lebih Pintar & Peribadi dengan Ryt AI

Ryt AI meletakkan pemperibadian sebagai teras, ia belajar daripada tabiat, keutamaan dan bahasa anda bagi menjadikan setiap interaksi lebih intuitif, mesra dan mudah.

    • Bayar dengan mudah – Hanya taip melalui teks untuk kiriman wang, pindahan DuitNow dan pembayaran bil dengan segera.
    • Imbas, muat naik dan bayar –Bayarkan bil utiliti, resit, dan lebih 20,000 penerima bil melalui JomPAY.
    • Belajar perbankan dengan mudah – Fahami asas kewangan, tip simpanan, dan panduan berguna dalam bahasa harian rakyat Malaysia .
    • Selamat dan lancar – Setiap transaksi disahkan dan disulitkan sebelum dilaksanakan.
    • Ganjaran istimewa pelancaran – Cuba Ryt AI dan terima cashback bernilai sehingga RM5.

  1. Gandakan Wang Anda Dengan Mudah
    Simpanan yang menyokong keperluan harian sambil membantu perancangan masa depan anda.

    • Nikmati faedah sehingga 4% setahun, dibayar ke akaun anda setiap hari .
    • Tiada tempoh lock-in.
  2. *Ryt PayLater – Kredit untuk Keperluan Harian
    • Kredit segera sehingga RM1,499 sebagai permulaan. 
    • Tanpa dokumen. Tiada caj lewat.
    • Faedah 0% jika bayaran penuh dibuat dalam bulan pertama.
    • Nikmati pulangan tunai 1.2% bagi setiap bayaran DuitNow QR.
    • Pulangan tunai 2X dengan rakan ekosistem terpilih seperti kedai Yes

Belanja di Mana Saja dengan Kad Ryt

Tukar antara debit dan kredit serta-merta melalui aplikasi dan belanja di seluruh dunia, di mana Visa diterima.

Pelanggan boleh mendapatkan Kad Ryt edisi khas secara percuma untuk tempoh terhad.

  • Pulangan tunai tanpa had 1.2% untuk perbelanjaan  luar negara.
  • Tiada caj transaksi asing.
  • Tiada caj pengeluaran ATM di seluruh negara.
  • Ganjaran eksklusif bersama rakan kerjasama – Dapatkan baucar Shopee RM8 apabila anda berbelanja dengan Kad Ryt, nikmati 20% diskaun di restoran YTL Hotels dan banyak lagi. 

Selamat, Berlesen & Dipercayai

Ryt Bank beroperasi dengan lesen rasmi di bawah Bank Negara Malaysia, dengan wang anda dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. Ciri keselamatan termaju kami merangkumi log masuk biometrik, penyulitan berlapis serta amaran penipuan masa nyata.

Sebuah Inovasi Kebanggaan Malaysia 

Ryt Bank bukan sekadar produk kewangan, ia melambangkan kemampuan Malaysia berinovasi demi rakyatnya.

Muat turun Ryt Bank hari ini di App Store atau Google Play dan alami pengalaman perbankan pintar, mengikut cara anda.

Instagram: @rytbankmy
Facebook: Ryt Bank
Website: www.rytbank.my

Tinggalkan komentar