Utama Mobile Aplikasi RTM akan siar 41 Perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar, 27...

RTM akan siar 41 Perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar, 27 darinya secara Live

1511
0
FIFA World Cup Qatar 2022 RTM Live Online Free

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengumumkan akan menyiarkan perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada 20 November hingga 18 Disember 2022 nanti. Selain Astro, RTM turut menjadi penyiar rasmi kejohanan bola sepak terulung di dunia ini secara percuma.

Sama seperti edisi Piala Dunia FIFA 2018, RTM akan menyiarkan 41 dari 64 perlawanan, bersamaan lebih kurang 130 jam waktu perlawanan. Dari jumlah perlawanan tersebut, hanya 27 perlawanan darinya yang akan disiarkan secara langsung dengan percuma di RTM termasuk perlawanan akhir.

Antara perlawanan yang disiarkan secara langsung nanti termasuklah perlawanan pertama antara tuan rumah Qatar menentang Ecuador pada 21 November, jam 12.00 AM waktu Malaysia. Untuk 14 perlawanan lagi, ia akan ditayangkan sebagai siaran tertunda.

Peminat-peminat bola sepak di Malaysia boleh mengikuti perlawanan Piala Dunia FIFA di Qatar menerusi saluran percuma TV2, TV Okey, dan Sukan RTM. Peminat-peminat bola sepak tempatan juga boleh menonton 27 perlawanan siaran langsung (live) Piala Dunia FIFA 2022 secara online menerusi platform RTM Klik.Siaran Percuma Piala Dunia FIFA 2022 Qatar RTM

RTM membelanjakan sebanyak RM32.5 juta bagi penyiaran kejohanan bola sepak paling berprestij ini. Dalam pada masa yang sama, MenKomm Tan Sri Annuar Musa turut menyeru syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta bersama-sama menjayakan penyiaran ini.

Berbeza dengan kejohanan sebelum ini, Qatar menganjurkan Piala Dunia FIFA pada November hingga Disember ini bagi mengelakkan cuaca terlalu panasnya pada musim panas.

Kejohanan ini juga merupakan yang pertama menggunakan teknologi pengesanan offside secara separa-automatik. Ia akan melibatkan penggunaan sensor terbina dalam bola sepak yang digunakan di dalam kejohanan tersebut, Adidas Al Rihla Pro bersama-sama sejumlah kamera penjejakan dan kecerdasan buatan.fifa-world-cup-2022-qatar-mascot cute

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 ini juga akan menjadi kejohanan terakhir dengan format 32 pasukan. Ini kerana pada edisi berikutnya yang dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 2026 kelak, bilangan pasukan akan meningkat kepada 48 pasukan.

Tinggalkan komentar