Utama Teknologi GovTech PM: RON95 RM1.99/L untuk Semua Warganegara mulai 30 Sept melalui Budi Madani...

PM: RON95 RM1.99/L untuk Semua Warganegara mulai 30 Sept melalui Budi Madani RON95

73
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pengurangan harga RON95 pada RM1.99 per liter untuk seluruh rakyat Malaysia bermula 30 September 2025. Beliau turut mengesahkan harga RM1.99/liter ini boleh dinikmati oleh seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan dan kedudukan, sama seperti program one-off SARA RM100.

Memetik data daripada JPJ, Perdana Menteri menyatakan kira-kira 16 juta rakyat Malaysia akan menikmati pengurangan harga RON95. Tambah beliau lagi, harga ini hanya untuk warganegara dengan lesen memandu yang sah. Setiap warganegara akan diberikan kuota petrol bersubsidi 300 liter sebulan dengan mengambil kira purata penggunaan bulanan kira-kira 150 hingga 200 liter.

Pemandu sektor e-hailing, akan diberikan pengecualian kuota bulanan dan proses pendaftaran akan diumumkan kemudian oleh Kementerian Kewangan.

Pengesahan kewarganegaraan melalui MyKad diperlukan dan bagi pemilik yang mempunyai masalah pada cip dinasihatkan untuk menukarkannya dengan segera. Bagi mengurangkan kesesakan, anda yang layak boleh juga menggunakan aplikasi seperti Touch ‘n Go eWallet dan Setel untuk membuat pembayaran petrol RON95. Aplikasi-aplikasi berkenaan mempunyai ciri pengesahan identiti eKYC untuk menikmati subsidi berkenaan.

Program Budi Madani RON95 (BUDI95) ini akan mula berkuatkuasa pada 30 September 2025. Beberapa kumpulan sasar akan dapat menikmati lebih awal seperti polis, tentera dan penerima program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk polis dan tentera, harga petrol RON95 RM1.99/liter ini boleh dinikmati bermula pada Sabtu, 27 September 2025. Manakala untuk penerima STR pula boleh menikmatinya pada 28 September 2025.

Subsidi RON95 ini tidak ditawarkan untuk bukan warganegara dan syarikat-syarikat besar dengan harga bukan subsidi ditetapkan pada RM2.60 per liter yang masih lagi antara paling murah di dunia.

Tinggalkan komentar