Utama Mobile Aplikasi Lorong RFID PLUS diaktifkan sepenuhnya bermula 1 April 2020

Lorong RFID PLUS diaktifkan sepenuhnya bermula 1 April 2020

1035
0

PLUS Malaysia telah mengumumkan lorong pembayaran secara RFID di seluruh plaza tol kendaliannya akan mula beroperasi pada 1 April 2020. Pelaksanaan ini dijalankan selepas pengenalan pilihan pembayaran cara baru ini di 10 plaza tol sistem terbuka PLUS Januari baru-baru ini.

Berdasarkan pengumuman tersebut, PLUS telah menjalankan penyelarasan di antara sistem RFID dengan aplikasi eDompet Touch ‘n Go sejak 36 bulan yang lepas. Tag Touch ‘n Go RFID telah melepasi peringkat pengujian dan kini telah mula dijual pada harga RM35 setiap satu.

Pelaksanaan pembayaran secara RFID di plaza-plaza tol sistem tertutup PLUS melibatkan 83 buah plaza tol di seluruh Semenanjung Malaysia merangkumi sebahagian Lebuhraya Pantai Timur (LPT2). Secara keseluruhannya, kini terdapat sejumlah 173 lorong pembayaran RFID di seluruh negara dengan 131 daripadanya dikhususkan untuk RFID sahaja.

Maklumat lanjut mengenai cara mendapatkan tag RFID Touch ‘n Go dan lokasi jualannya boleh didapati menerusi laman web rasmi Touch ‘n Go.

Sumber berita diperoleh dari PLUS Malaysia

Tinggalkan komentar