Di pagi yang hening semasa cuti sekolah di dalam sebuah kedai mamak, kelihatan satu table budak-budak sekolah menengah sedang mengeteh sambil menghisap rokok pumpang-pumpang mengalahkan orang tua. Seorang darinya berambut Justin Bieber.

“Dah pegi tengok result PMR kat sekolah?”

“Dah. Ni kami baru lepas tengok result la ni,” jawab salah seorang yang tidak berambut Justin Bieber.

“Abang dulu masa PMR dapat 5A tau. Bukan calang-calang orang yang boleh dapat 5A ni. Dalam sekolah abang dulu, dalam ramai-ramai budak sekolah abang, abang sorang je yang dapat offer masuk sekolah berasrama penuh, best tau dapat masuk asrama penuh ni,”

“Tapi kami nak masuk MRSM bang. Sebab kami semua dapat straight A,”

Aku patah balik dan start moto pergi lunch di kedai makan lain.

Moral : Jangan riak tak bertempat.

6 KOMEN

Tinggalkan komentar