Xiaomi telah mengumumkan peranti boleh pakai baharunya di India menerusi Redmi Watch Move. Seperti kebanyakan produk-produk keluaran jenama Redmi, jam tangan pintar dengan spesifikasi menarik ini ditawarkan dengan harga mampu milik.

Redmi Watch Move mempunyai paparan AMOLED 1.85-inci 450 x 390-inci dengan kecerahan puncak 600 nits, kadar penyegaran semula 60Hz, dan mod Always-On Display (AOD). Memiliki bateri berkapasiti 300mAh, jam tangan pintar ini mampu bertahan selama dua minggu dengan sekali cas untuk penggunaan biasa.

Tiada sokongan GPS terbina dalam disediakan, namun ia didatangkan dengan pemantau kadar nadi, dan tahap oksigen dalam darah bersama-sama lebih 140 mod sukan untuk menjejak aktiviti kecergasan anda. Jam tangan pintar ini juuga mempunyai butangĀ crown pada sisinya, sokongan Bluetooth, dan penarafan IP68 untuk kerintangan debu dan air. Dari segi perisiannya pula, antaramuka HyperOS digunakan yang menyediakan lebih dari 200 muka jam.

Redmi Watch didatangkan dengan empat pilihan warna dan harga jualannya hanya INR1,999 (~RM102). Menjadikan ia salah satu jam tangan pintar yang paling murah pernah dikeluarkan oleh Redmi. Pun begitu, tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai ketersediaannya di pasaran-pasaran lain termasuk Malaysia buat masa ini.

Tinggalkan komentar