Sedang Redmi mempersiapkan pelancaran “pembunuh telefon mercu” keluarannya esok, hari ini Redmi telah meraikan kejayaan meraih jualan 10 juta unit siri Redmi Note 7 di seluruh dunia dalam tempoh 129 hari.
Pengasas bersama Xiaomi, Encik Lei Jun telah berkongsikan maklumat ini menerusi Weibo. Di dalam satu pos yang dihantarkan, turut disertakan bersama gambar-gambar sepanjang majlis termasuk gambar memotong kek sambutan oleh pegawai-pegawai kanan Xiaomi dan Redmi.
Menurut Lei Jun, pencapaian ini merupakan sebuah kejayaan dan bukti pegangan nilai Xiaomi iaitu, “berkualiti tinggi dan lebih nilai untuk wang.” Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan kakitangannya mengenai pelancaran Redmi K20 yang dijadualkan berlangsung tengah hari esok waktu tempatan.
Siri Redmi Note 7 merangkumi tiga model telefon iaitu Redmi Note 7, Redmi Note 7S dan Redmi Note 7 Pro. Sungguhpun Redmi Note 7 dan Note 7S tidak menawarkan perbezaan yang ketara, Note 7 Pro pula bagaimanapun hadir cipset yang lebih berkuasa dengan sebuah kamera 48 MP dengan penderia Sony IMX586.
Sumber berita diperoleh dari Playful Droid













