Siri Redmi Note 11 telah mencatatkan rekod jualan memberangsangkan berjumlah 500,000 unit sepanjang tempoh promosi 11.11 di China. Atas pencapaian tersebut, Xiaomi kealk akan membawakan model telefon pintar ini ke pasaran global.

Maklumat terkini berkenaan varian peranti tersebut bagaimanapun mengatakan ia mungkin akan hadir dalam bentuk yang berbeza dari varian pasaran China.

Menurut sumber, Redmi Note 11 versi global mungkin membawakan rekaan baharu selain menggantikan cipset MediaTek Dimensity dengan Qualcomm Snapdragon.

Pentiris maklumat tersebut, Tipster Chun mendakwa berkemungkinan besar telefon pintar Redmi tersebut menggunakan Snapdragon 786G Plus atau Snapdragon 695.

Keputusan mengubah reka bentuk telefon pintar tersebut pada hemat saya adalah amat aneh kerana rekaan Redmi Note 11 varian China sekarang ini sudah cukup bagus. Malah, Redmi Note 11 Pro Plus sekarang ini juga menyokong pengecasan pantas 120W.

Apa yang diharapkan oleh pengguna pastinya siri Redmi Note 11 yang akan dilancarkan bagi pasaran global kelak mampu mencapai prestasi sekurang-kurangnya seperti yang ditawarkan pada varian pasaran China tersebut.

Tinggalkan komentar