Xiaomi telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar di dalam siri Redmi Note 10 yang dikenali sebagai Redmi Note 10 Japanese Edition (JE). Telefon pintar ini eksklusif untuk pasaran Jepun dan merupakan model kelapan dari siri ini.
Ia juga dikatanakn versi yang lebih baik dari Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10T 5G. Beberapa fungsi uniknya diberi sentuhan unik khusus untuk pasaran Jepun.
Dari segi reka bentuknya, rekaan Redmi Note 10 JE adalah sama dengan Redmi Note 10 5G, juga dikenali sebagai Redmi Note 10T 5G. Malah, telefon pintar ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan sedikit perubahan.
Redmi Note 10 JE dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 480 berbanding MediaTek Dimensity 700. Ia juga mempunyai penarafan ketahanan IP68 untuk kerintangan debu dan air, serta bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan 18W.
Telefon yang didatangkan dengan slot kad SIM tunggal yang mempunyai ketersesuaian dengan teknogi kad IC nirsentuh FeliCa/Osaify-Keitai. Pun begitu, telefon ini ketiadaan pembesar suara stereo.
Redmi Note 10 JE dilengkapi tri-kamera
Lain-lain, Redmi Note 10 JE menampilkan paparan LCD 6.5-inci beresolusi 2400 x 1080 piksel dan kadar penyegaran semula AdaptiveSync (30Hz, 50Hz, 60Hz, 90Hz).
Untuk RAM, telefon ini menyediakan LPDDR4x RAM 4GB, dan storan dalaman UFS 2.2 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 1TB. Kameranya pula menawarkan tetapan tri-kamera 48MP (lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman) dan swafoto 8MP.
Ketersambungan telefon pintar menyokong 5G, dwi-band Wi-Fi, Bluetooth 5.1, GNSS (GPS, A-GPS, GALILEO, GLONASS, BeiDou) USB Type-C, dan bicu audio 3.5mm. Lain-lain, ia turut mempunyai sensor penting lain seperti accelerometer, sensor cahaya ambien, giroskop, sensor proksimiti, kompas, sensor inframerah dan pengimbas cap jari sebelah sisinya. Sistem operasinya menggunakan MIUI 12.5 berasaskan Android 11.
Redmi Note 10 JE akan mula dijual di pasaran Jepun pada harga 28,765 Yen (~RM 1,106) bermula pada 13 Ogos ini.













