Xiaomi berhasrat mengetengahkan jenama Redmi melalui pengeluaran produk-produk lain selain dari telefon pintar. Terkini, power bank di bawah sub-jenama Redmi telah diperkenalkan di pasaran China.

Dinamakan sebagai PB100LZM untuk model berkapasiti 10,000mAh dan PB200LZM untuk model 20,000mAh, kedua-dua power bank ini dijual pada harga masing-masing 59 Yuan (RM35) dan 99 Yuan (RM99). Power bank ini bakal dijual di pasaran China terlebih dahulu pada 23 Julai ini sebelum menyusul ke pasaran-pasaran lain pada tarikh yang masih lagi belum diumumkan.

Untuk model berkapasiti 10,000mAh, power bank ini menyediakan dua output melalui dua port USB Type-A selain turut sama menyediakan dua input iaitu satu mikro-USB dan satu lagi port USB Type-C. Rating kuasa untuk inputnya adalah 5V dan 2.1A, manakala outputnya pula adalah 5.1V dan 2.4A. Bagaimanapun, ia tidak menyokong fungsi pengecasan pantas pada inputnya mahupun outputnya.

Versi 20,000mAh menawarkan menyediakan ciri yang hampir sama terutama pada jumlah port input dan outputnya. Selain dari rekabentuk yang lebih tebal berbanding model 10,000mAh, model ini berkelebihan dari segi sokongan pengecasan pantas. Ia menawarkan kuasa input yang ditarafkan pada 5V/2A, 9V/2.1A, dan 12V/1.5A dan kuasa output pula pada 5.1V/2.4A, 9V/2A, dan 12V/1.5A. Secara tidak langsung, menunjukkan power bank ini menyokong pengecasan pantas 18W. Power bank model ini juga dilaporkan mampu mengecas Redmi Note 7 sebanyak lebih kurang 3.5 kali; Mi 9 lebih kurang 5.3 kali, Redmi K20 lebih kurang 3.5 kali dan iPhone XS lebih kurang 4.8 kali.

Sumber berita diperoleh dari Times of India

 

Tinggalkan komentar