Xiaomi dilihat sedang melengkapkan hampir keseluruhan segmen pasaran telefon pintar dari peringkat bajet, pertengahan mahupun mercu.

Siri Redmi K30 merupakan contoh kepada perkembangan ini. Ianya menampilkan Redmi K30 4G (pertengahan), Redmi K30 5G (pertengahan atas), and Redmi K30 Pro (atasan).

K30 4G dikuasakan oleh Snapdragon 730G, sesuai dengan tahap pertengahannya. Manakala K30 5G pula menampilkan Snapdragon 765G dan terakhir peringkat paling atas siri ini, K30 Pro hadir dengan Snapdragon 865.

Terdapat sebuah lagi model di dalam siri telefon pintar ini. Ianya adalah Redmi K30 5G Speed Edition (Extreme Edition) dan dikatakan dilengkapkan dengan cipset yang masih belum diumumkan, Snapdragon 768G.

Cipset terbaru Snapdragon 768G menawarkan okta-teras CPU dengan susun atur kluster yang sama dengan 765G.Menawarkan frekuensi klok yang lebih tinggi berbanding 765G, ianya dijangkakan memiliki GPU yang sama iaitu Andreno 620.

Cipset terbaru ini juga mencatatkan peningkatan prestasi 10% lebih tinggi berbanding Snapdragon 765G. Serta, ianya juga menyokong sambungan rangkaian 5G.

Setakat ini Xiaomi masih belum mendedahkan apa-apa selain dari cipset yang akan digunakan. Redmi K30 5G Speed Edition dijadual akan dilancarkan secara dalam talian pada 11 Mei 2020, jam 2 petang.

Tinggalkan komentar