Peminat Avengers berkumpul!

Redmi baru-baru ini telah mendedahkan K20 Pro Edisi Terhad Avengers di China bagi melariskan lagi jualan model telefon pintar ini dengan menumpukan kepada peminat-peminat Marvel.

Redmi K20 Pro yang juga dikenali sebagai Xiaomi Mi 9T Pro di pasaran-pasaran lain termasuk di Malaysia merupakan telefon pintar berprestasi tinggi yang baru sahaja dilancarkan. Selain dari warna pilihan Glacier Blue dan Flame Red, telefon pintar ini kini ditawarkan dengan pilihan warna hitam cerun yang diinspirasikan dari topeng Iron Man.

Selain dari rekaan khusus pada luarannya, telefon pintar edisi terhad ini juga didatangkan bersama pek bungkusan khas, mengandungi kerangka bertemakan Avengers berwarna biru dengan sebutir lencana Avengers. Kotaknya juga turut dicetak dengan tema Avengers.

Harga bagi K20 Pro Edisi Terhad ini masih lagi belum diumumkan dan kapasiti storan dalamannya juga tidak diumumkan lagi. Tidak dapat dipastikan sama ada Edisi Terhad ini bakal ditawarkan ke pasaran-pasaran luar China termasuk pasaran Malaysia. Oleh itu, kita nantikan perkembangan selanjutnya mengenai telefon pintar ini kelak.

Sumber berita diperoleh dari GSM Arena

Tinggalkan komentar