Telefon pintar ini telah diuar-uarkan di dalam media sejak beberapa hari sebelumnya. Kini, penantian tersebut berakhir apabila Redmi melancarkan telefon pintar mercu pertamanya, Redmi K20 dan K20 Pro.

K20 Pro dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 855 manakala K20 pula didatangkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 710. Selain itu, K20 Pro menyokong pengecasan segera 27W berbeza dengan K20 biasa yang hanya pada 18W sahaja. Bagaimanapun, kedua-dua telefon mempunyai bateri berkapasiti 4000mAh.

Tidak ketinggalan, untuk tetapan tri-kamera kedua-dua telefon ini belakangnya – sebuah lensa 48MP, kamera telefoto 8MP, dan kamera ultra lebar 13MP. Bezanya K20 Pro menggunakan penderia Sony IMX586 untuk kamera utamanya. Manakala K20 pula dilengkapi penderia Sony IMX582.

Spesikasi lain, setiap satunya adalah sama, termasuk resolusi Full HD + 6.39-inci dengan pengimbas cap jari terbina dalam paparan dan kamera terpacul swafoto 20MP.

Untuk harganya pula, Redmi K20 versi RAM 6GB / storan 64GB akan ditawarkan pada harga CNY 1,999 (lebih kurang RM 1,211). Manakala model lebih tinggi spesifikasinya, 6GB/128GB pula disenaraikan pada CNY 2,099 (lebih kurang RM 1,272). Untuk model Pro, konfigurasi 6GB/64GB berharga CNY 2499 (lebih kurang RM 1,514) seterusnya USD 2599 untuk varian dengan kombo 6GB/128GB (lebih kurang RM 1,575).

Redmi K20 Pro juga boleh didapati dengan tetapan 8GB/128GB dan 8GB/256GB dengan harga masing-masing pada CNY 2799 (lebih kurang RM 1,696) dan CNY 2999 (lebih kurang RM 1,817). Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Xiaomi Malaysia bakal membawakan peranti-peranti ini ke pasaran Malaysia kelak.

Sumber berita diperoleh dari Xiaomi China

Tinggalkan komentar