Siri Redmi Note 7 mengalu-alukan kehadiran anggota keluarga terbarunya, Redmi Note 7S. Seterusnya menyertai barisan Redmi Note 7 dan Redmi Note 7 Pro, menerusi ciri kamera 48MP yang sama.

Redmi Note 7S dilengkapkan dengan skrin LCD 6.3 inci bersama-sama takuk yang sama seperti adik-beradiknya yang lain. Dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 5, telefon ini juga mempunyai resolusi FHD+ dan bingkai yang tipis.

Telefon ini didatangkan dengan dua pilihan konfigurasi yang berbeza – RAM 3GB + storan 32GB dan RAM 4GB + storan 64GB. Selain itu, telefon ini hadir dengan antaramuka MIUI 10 berasaskan Android 9 Pie, dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 660.

Telefon ini juga akan hadir dengan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan sehingga 18W melalui USB-C. Bagaimanapun, pengguna perlu membeli pengecas pantas Quick Charge 4 secara berasingan kerana pembelian set ini hanya menyediakan pengecas 10W.

Untuk kamera pula, Note 7S menyediakan tetapan dwi-kamera dengan kamera utama 48MP dan juga kamera penderia kedalaman 5MP. Ia juga akan menyokong mod potret EIS, AI. Manakala untuk kamera hadapannya, ia disediakan dengan kamera hadapan 5MP.

Redmi Note 7S akan hadir ke pasaran pada 23 Mei, dan akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna – Onyx Black, Blue Sapphire dan Ruby Red. Harga permulaan untuk Redmi Note 7S adalah INR10,999 atau bersamaan sekitar RM660.

Sumber berita diperoleh dari XDA Developers

Tinggalkan komentar