Xiaomi Global Store Malaysia yang ditempatkan di gedung membeli belah atas talian Shopee tidak berapa lama lagi akan menawarkan Redmi 7A. Model ini merupakan kesinambungan dari Redmi 6A yang popular sebagai peranti berharga bajet berprestasi tinggi.
Redmi 7A hadir dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 439 bersama-sama paparan HD tanpa-takuk 5.45-inci. Telefon pintar ini juga turut menampilkan sebuah kamera 13MP PDAF pada bahagian belakangnya. Manakala bahagian hadapannya pula didatangkan dengan kamera swafoto 5MP. Melengkapkan spesifikasinya, sebuah bateri berkapasiti 4,000mAh disertakan bagi menyediakan sumber kuasanya.
Boleh didapati dengan RAM berkapsiti 2GB dan storan dalaman 32GB, Redmi 7A akan hadir melalui Xiaomi Global Store Malaysia pada harga RM459 bermula 7 Julai ini bersempena Jualan Shopee 7.7 Orange Madness (Jualan Kegilaan Oren 7.7 Shopee?)
Maklumat lanjut, kunjungi gedung atas talian Shopee.













