Redmi telah melancarkan sebuah lagi varian Redmi 10A selepas pertama kali diperkenalkan beberapa bulan yang lepas. Konfigurasi baharu telefon pintar peringkat pemula ini dijual pada harga yang lebih murah dari varian pertama yang diperkenalkan.

Sebelum ini, Redmi 10A hanya ditawarkan dengan pilihan RAM 3GB, storan 64GB atau RAM 4GB, storan 128GB sahaja. Kini dengan varian baharu ini, telefon pintar ini turut menawarkan pilihan RAM 2GB dan storan 32GB.

Telefon pintar yang menggunakan cipset MediaTek Helio G25 ini turut menyediakan slot kad mikroSD yang boleh diperluaskan sehingga 1TB.redmi-10a model 32GB Malaysia

Redmi 10A menampilkan paparan 6.53-inci beresolusi 1600 x 720 piksel dengan takuk yang menempatkan kamera hadapan 5MP f/2.2. Untuk tujuan keselamatan biometrik, satu pengimbas cap jari ditempatkan pada permukaan belakangnya. Bahagian belakang ini juga menempatkan satu kamera utama 13MP dan satu kamera berkedalaman 2MP.

Menguasakan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang menurut Redmi mampu bertahan sehingga dua hari. Redmi 10A boleh dicaskan menerusi port mikroUSD dengan sokongan pengecasan sehingga 10W sahaja. Untuk audionya, hanya satu pembesar suara disediakan pada bahagian bawahnya dengan satu bicu audio 3.5mm untuk menyambungkannya dengan pembesar suara tambahan atau fon kepala atau telinga.redmi-10a-warna

Redmi 10A boleh didapati dalam pilihan warna hitam, kelabu, dan biru. Model asas baharu dengan RAM 2GB dan storan 32GB ini beharga RM429. Manakal varian 3GB+64GB dan 4GB+128GB pula harganya adalah RM479 dan RM549 masing-masing.

Tinggalkan komentar