Utama Android Nubia Redmagic 10 Pro mula dijual di Malaysia 12 Disember ini dengan Harga...

Redmagic 10 Pro mula dijual di Malaysia 12 Disember ini dengan Harga dari RM3,199

609
0

Nubia Redmagic 10 Pro secara rasminya tiba di Malaysia dan ketiga-tiga model di dalam siri ini akan mula dijual pada 12 Disember 2024.

Kesemua model-model baharu keluaran Nubia ini mempunyai paparan AMOLED 6.85-inci beresolusi 2688 x 1216 piksel dengan kadar penyegaran semula 144Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits. Di dalamnya ia menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Elite “Extreme Edition” bersama-sama pemprosesan permainan mudah alih Nubia Red Core R3 yang mampu melonjakkan kualiti sehingga 120fps pada 2K. Siri telefon pintar ini juga menyokong 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan NFC.

Dari sudut fotografinya, siri ini menampilkan kamera lebar 50MP dengan OIS, ultra lebar 50MP, makro 2MP dan kamera hadapan 16MP yang ‘tersorok’ di bawah paparannya. Bateri berkapasiti 6,500mAh digunakan untuk siri ini dengan sokongan pengecasan 80W kecuali Pro Plus yang mempunyai bateri berkapasiti 7,050mAh bersama-sama sokongan pengecasan 120W.

Bersempena pelancarannya, Nubia menawarkan harga promosi Redmagic 10 Pro bermula dari 12 Disember sehingga 31 Disember. Anda yang membuat pembelian di sepanjang tempoh tersebut berpeluang untuk mendapatkannya pada harga RM3,199 untuk varian 12GB + 256GB, berbanding harga asalnya RM3,999.

Manakala model 16GB + 512GB pula, harga promosi untuknya ditetapkan pada RM3,999 berbanding RM4,899 jika di luar tempoh promosi tersebut. Pembelian mana-mana model di dalam siri ini juga berpeluang untuk menerima Redmagic Rock Magnetic Bluetooth bernilai RM419 selagi stok masih ada. Anda boleh membuat pembelian Redmagic 10 Pro dan Pro Plus di ShopeeLazada, dan laman web rasmi Redmagic.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.