Realme kini dilihat sedang memperluaskan lagi cabang pengeluarannya melalui Realme TV yang baru sahaja menerima persijilan dari Google.

Berdasarkan laporan terkini, Realme TV kini secara rasminya telah menerima pengiktirafan Android Certified. Persijilan ini telah mengesahkan barisan televisyen pintar Realme adalah berasaskan dari Android.

Melalui salinan skrin yang dikongsikan di Twitter menunjukkan nama kod TV berkenaan, “ikebukuro” merujuk kepada TV berasaskan ChangHong.

Beberapa pengeluar (OEM) lain seperti BenQ, Micromax dan sebagainya juga mempunyai peranti yang menggunakan nama kod yang sama. Ini kerana jenama-jenama ini kebiasaannya menghasilkan produk mereka berdasarkan model sedia ada dari ODM-ODM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Realme, Encik Madhav Sheth, TV keluarannya bakal memasuki pasaran India sekitar suku tahun kedua 2020.

Realme pada asalnya menjangkakan akan melancarkan televisyen pertamanya seawal April. Namun terpaksa membatalkan berikutan perintah kawalan pergerakan yang telah dikenakan. Mengambil kira keadaan semasa, mungkin pelancaran ini akan ditangguhkan untuk masa yang agak panjang.

 

Tinggalkan komentar