realme Narzo N53 secara rasminya telah dilancarkan di India baru-baru ini dengan harga Rs. 8999 (~RM493) untuk konfigurasi RAM 4GB + storan 64GB, dan Rs. 10999 (~RM603) untuk varian RAM 6GB + storan 128GB.
Menampilkan cipset Unisoc T612, Narzo N53 menggunakan skrin LCD 6.74-inci beresolusi HD+ dan kadar penyegaran semula 90Hz. Panel skrin berkenaan juga mempunyai takuk yang menempatkan kamera hadapan 8MP. Pada bahagian belakangnya pula terdapat satu sebuah kamera utama 50MP dengan sebuah lagi kamera yang masih lagi belum diumumkan bersama-sama lampu flash LED.
Telefon pintar ini menggunakan antaramuka realme UI T Edition yang berasaskan Android 13 dan mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Lain-lain ciri yang disediakan telefon pintar ini termasuklah pembesar suara stereo, bicu audio dan pengimbas cap jari yang ditempatkan pada bahagian sisinya.
Boleh didapati dengan pilihan warna Black dan Feather Gold, realme Narzo N53 masih lagi belum diumumkan tarikh kemasukannya ke pasaran Malaysia setakat ini.













