realme telah mengumumkan GT Neo 3 pada Jun lalu dan ia disusuli pula oleh realme GT Neo 3T. Kini, telefon pintar terbaru dari siri berkenaan telah hadir ke pasaran Malaysia.
realme GT Neo 3T dilengkapkan dengan paparan AMOLED Full HD+ 6.62-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 1000Hz. Di dalamnya pula ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 870, RAM 8GB dan storan 128GB berserta bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Bateri telefon pintar ini dikatakan mampu dicaskan sehingga separuh dalam tempoh 12 minit sahaja.
Untuk kameranya pula, realme GT Neo 3T menampilkan tri-kamera yang mengandungi satu kamera utama 64MP, satu kamera bersudut lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Pada sebelah hadapannya sebuah kamera 16MP turut disediakan.
Dari segi spesifikasinya, telefon pintar baharu dari realme ini kelihatan agak sama dengan model sebelumnya. Lagipun beza tempoh antara keduanya cuma dua bulan sahaja. Hanya dua perbezaan ketara iaitu penggunaan cipset dan kameranya di
mana GT Neo 3 menggunakan MediaTek Dimensity 8100 dan kamera utamanya menggunakan 50MP.
Harga realme GT Neo 3T di Malaysia
realme GT Neo 3T boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM1,799 dan bersempena promosi waktu terhad sehingga 25 Ogos ini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM1,599. Jika anda merupakan salah seorang daripada 200 pembeli terawal, anda turut menerima realme Watch 3 secara percuma.
Kunjungi laman jualan rasmi realme di Shopee untuk membeli realme GT Neo 3T.













