Selain melancarkan realme 8 5G, realme Malaysia turut melancarkan sebuah lagi telefon pintar berharga mampu milik ke pasaran tempatan, realme C25s.
Telefon pintar ini didatangkan dengan paparan HD+ 6.5-inci dengan cipset MediaTek Helio G85. Bersama-samanya disediakan RAM 4GB dan storan dalaman 128GB.
Untuk kameranya, realme C25s menyediakan tetapan tri-kamera yang mengandungi kamera utama 48MP, kamera monokrom 2MP dan kamera makro 2MP. Tidak ketinggalan, sebuah kamera swafoto 8MP turut disediakan di sebelah hadapannya.
Selain itu, apa yang menarik dengan telefon pintar ini adalah kapasiti baterinya iaitu 6,000mAh. Kapasiti bateri yang besar ini turut dibantu oleh pengecasan pantas 18W.
realme C25s akan mula dijual di Malaysia pada 12 Jun 2021 dengan pilihan warna Water Grey dan Water Blue pada harga RM 699.
Maklumat lanjut mengenai realme C25s boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi realme Malaysia.













