Laptop Realme Book kini secara rasminya telah dilancarkan ke pasaran Malaysia yang menawarkan penggunaan pemprosesan Intel Core Generasi Ke-11. Ini merupakan percubaan pertama pihak Realme memperkenalkan laptop di bawah jenamanya.
Anda yang berminat untuk mendapatkan laptop ini boleh menemukannya di pasaran tempatan bermula pada 27 Ogos ini. Selain menawarkan dua pilihan warna iaitu Real Blue dan Real Grey, siri laptop ini juga menawarkan dua pilihan pemprosesan iaitu Intel Core i3 dan juga Intel Core i5.
Mengikut model pilihan, laptop Realme Book menawarkan CPU Intel Core i3-1115G4 yang mempunyai grafik Intel UHD. Manakala model Intel Core i5-1135G7 pula menggunakan grafik Intel Iris Xe.
Untuk pasaran Malaysia, model i3 menawarkan pilihan RAM dan storan masing-masing 8GB dan RM 2,999. Model i3 pula menawarkan dua pilihan konfigurasi RAM dan storan iaitu 8GB + 512GB, dan 16GB + 512GB. Kesemuanya model ini menggunakan storan jenis SSD PCIe.
Selain itu, laptop Realme Book ini juga menawarkan aplikasi PC Connect yang membolehkan ia bersambungan dengan telefon pintar pengguna bagi tujuan pemindahan fail dan sebagainya.
Untuk paparannya pula, laptop ini menyediakan paparan LCD IPS beresolusi 2520 x 1680 piksel 14-inci. Skrin untuk juga menyokong gamut warna sRGB 100% berkecerahan sehingga 400nits melalui paparannya yang mempunyai nisbah aspek 3:2 dan nisbah skrin-ke-badan sehingga 90%.
Bekalan tenaga laptop Realme Book ini menggunakan bateri 54Wj yang mampu digunakan sehingga selama 11 jam secara berterusan. Laptop ini juga menyokong teknologi pengecasan Super Fast Charge 65W. Teknologi ini menurut Realme mampu mengecas sehingga 50% kapasiti dalam tempoh 30 minit sahaja.
Harga laptop Realme Book di Malaysia
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, hanya tiga jenis variasi laptop siri Realme Book ditawarkan di pasaran Malaysia. Berikut adalah harga mengikut jenis model-modelnya:
- Realme Book, Intel Core i3-1115G4, 8GB RAM, 256GB SSD— RM 2,999

- Realme Book, Intel Core i5-1135G7, 8GB RAM, 512GB SSD— RM 3,499

- Realme Book, Intel Core i5-1135G7, 16GB RAM, 512GB SSD— RM 3,999

Pembelian Realme Book dengan Intel Core i3 pada 27 dan 28 Ogos ini akan menerima diskaun harga yang menarik iaitu RM 2,499 sahaja di Shopee. Anda juga boleh mendapatkan Realme Book dengan Intel Core i5 RAM 8GB + Storan 512GB pada 27 Ogos ini di Shopee dan juga di SENHENG, Courts dan wakil-wakil pengedar yang sah.
Realme Book dengan Intel Core i5 RAM 16GB + Storan 512GB pula, bagaimanapun akan diumumkan kemudian.













