realme Malaysia telah mengesahkan pelancaran model baharunya, realme 15T pada 30 Oktober ini. Peranti ini diperkenalkan selepas pelancaran siri realme 15 bulan lalu, dengan penekanan utama diberikan kepada reka bentuknya yang nipis.​

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan, realme 15T akan dilengkapkan dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7 inci. Syarikat itu turut mendedahkan dimensi fizikal peranti ini, dengan ketebalan 7.79mm dan berat 181g, menjadikannya sebuah telefon yang agak nipis berbanding model biasa di pasaran.​

Dari segi reka bentuk, imej acah rasmi menunjukkan rupa panel belakang peranti ini. realme turut mengesahkan satu varian warna istimewa. Menurut kenyataan media, “Varian Flowing Silver menampilkan kemasan flagship Celluloid Craftsmanship, dengan setiap unit menunjukkan tekstur organik yang tersendiri”.​

Beberapa istilah seperti “rPhone” dan “R-corners” turut diperkenalkan dalam bahan promosi, namun fungsinya hanya akan didedahkan semasa hari pelancaran rasmi kelak.​

Spesifikasi utama yang telah diumumkan :​

  • Paparan: 6.7-inci AMOLED
  • Ketebalan: 7.79mm
  • Berat: 181g
  • Varian Warna: Flowing Silver dengan kemasan Celluloid Craftsmanship

Maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh, ciri-ciri lain, serta harga jualan rasmi untuk realme 15T di pasaran Malaysia akan diumumkan sepenuhnya pada majlis pelancaran rasmi pada 30 Oktober ini.

Tinggalkan komentar