realme kini sedang giat mempromosikan lensa telefoto berperiskop siri realme 12 Pro dengan tarikh pelancarannya ke pasaran global dijadualkan pada 29 Januari 2024. Pelancaran telefon pintar tersebut dijangka dibuat di India jika melihat pada bahan promosinya yang mengetengahkan duta jenama realme, Shah Rukh Khan.

Dua model yang dijangka akan dilancarkan di dalam siri tersebut, realme 12 Pro+ 5G dan realme 12 Pro 5G menampilkan rekaan garis keemasan terbenam pada sisi kerangkanya. Ia juga hadir dengan ruangan bulatan yang menempatkan modul-modul kamera pada bahagian belakangnya. Kamera hadapannya pula ditempatkan pada bahagian berpenebuk lubang di paparannya.

Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai siri realme 12 Pro. Namun, berdasarkan laman web rasminya, dinyatakan telefon pintar ini mempunyai kamera dengan jarak fokal 80mm untuk mod potret.

Tinggalkan komentar