Cliche di bulan Ramadhan. Semua pakat-pakat nak tunjuk alim hatta di dalam Facebook sekalipun. Jikalau di dalam blog, terutamanya pada blog-blog politik, dalam tulisan kata nak pertahankan syiar Islam tetapi pada masa yang sama mengeluarkan maki hamun, sumpah seranah, kata-kata kesat dan carutan terhadap penganut agama lain.

Apakah umat Islam masa kini tidak mengerti tentang dakwah? Dakwah yang paling berkesan adalah melalui akhlak yang baik. Sembang kencang, bukak surah dan hadis mana sekalipun untuk menyatakan hujah pun tak guna kalau tiada diplomasi sesama insan. Action louder than word beb. Umat Islam sekarang ni sembang aje lebih, akhlak dengan manusia tak nak jaga. Sibuk sangat kejar akhirat sampai terlupa yang diri sendiri tu wujud di dunia. Bukankah sebaik-baik cara berdakwah itu adalah dengan sabar dan berhikmah.

Ironi.

Aku tak rasa dengan cara memaki hamun terhadap penganut agama lain itu dapat mengembangkan syiar Islam. Kamu mahu agama kamu dicintai tetapi diri kamu sendiri amat membenci penganut agama lain.

1 komen

Tinggalkan komentar