Kesukaran hidup bagi tiap manusia itu tidak sama. Kita rasakan hidup kita sudah cukup susah, tetapi ada insan yang lain yang hidupnya jauh lebih susah dari kita. Ia terpulang pada tiap manusia itu sama ada mahu meluahkan perasaan tentang kesusahan itu kepada orang lain atau hanya ditelan sahaja sebagai monolog di dalam jiwa menjadi sebahagian dari suara-suara terpendam.
Infoplease
Tetapi, untuk menafikan terus suara kesusahan golongan marhaen sama ada di desa mahupun di bandar adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Menyalahkan mereka miskin kerana malas secara borong juga menghampirkan diri kita kepada sikap mementingkan diri sendiri. Pada pengalaman aku, akibat kongkongan sistem dan latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan, membuatkan ramai rakan-rakan aku yang jauh lebih rajin, gigih dan pintar dari aku, masih lagi terhimpit dengan kesusahan hidup hampir sama seperti yang dilalui oleh generasi ibu bapa mereka. Mobiliti sosial di dalam masyarakat kita berlaku dengan amat perlahan. Dasar-dasar yang ada kelihatan seperti mengutamakan golongan yang sudah sememangnya berharta.
Ramai dari kenalan aku yang melakukan lebih dari satu pekerjaan untuk menampung hidup. Bagi yang sudah berkahwin, isteri keluar bekerja untuk tampung perbelanjaan keluarga adalah lumrah. Ada seorang kenalan aku di sekitar Lembah Klang ini yang kerjanya keluar sebelum Subuh, pulangnya hampir tengah malam. Masa untuk anak-anak juga jarang apabila keluar pada waktu anak masih lagi belum terjaga dan pulangnya pula pada waktu anak-anak sudah pun dibuai mimpi. Hujung minggu juga, kenalanku ini terpaksa mengorbankan masanya dengan melakukan kerja-kerja sampingan jika tidak membuat overtime.
Itupun pada hujung bulan, masih lagi ‘sesak nafas’ menunggu gaji masuk. Aku rasa, cerita kenalan aku ini, hampir sama sahaja berlaku di mana-mana. Cuma aku sahaja yang boleh dikirakan sebagai ‘pemalas’ kerana tidak membuat kerja sampingan menambah pendapatan sehingga larut malam dan hujung minggu. Sebaliknya, sibuk menambah ilmu dengan pelbagai buku dan tulisan akademik berkenaan ekonomi dan sosial disamping meningkat kemahiran penulisan pada waktu lapang.
Poyo! Macam la boleh jadi professor pun kan, kata sesetengah orang kat aku. Kah! Kah! Kah!

14 KOMEN

  1. aku rasa entri ni macam ada kaitan dengan statement pusat zakat (kalau tak silap) pasal pendatang kat malaysia yang jadi kaya sebab rajin kerja.

    aku buat dua kerja (kadang2) dalam satu masa. kalau macam tu, aku ni sekejap rajin sekejap malas la kot. pergh, boleh tahan sombong statement pusat zakat ni…!

    • Memang ada sikit-sikit ditujukan pada pusat zakat tu. Hehe Cuma, aku ada sikit bengang la kalau ada yang kata kita ni hidup susah sebab pemalas. Padahal kerja sampai peluh kat ketiak tak sempat nak kering tu apa cerita. Dapat duit nak simpan pun ciput je (kalau dapat la) sebab sekarang ni, kat semua tempat nak pergi kena bayar. Paling simple, soal tol. Kita nak keluar gi kerja cari duit pun terpaksa keluar duit untuk membayar. Jadinya, macam kita ni bekerja untuk membayar certain golongan ini untuk terus berkuasa. Haih.

  2. Bila rakyat Malaysia dibantai utk terus bekerja demi alasan supaya rajin & berjaya atas ukuran material… susah nak salahkan ibubapa bila keluarga terutamanya anak2 jadi terbiar. Dalam senyap anak2 jadi nakal tak tentu hala… semua diukur dengan duit…

  3. Orang atas mana nak rasa susah, bil letrik depa pon rakyat yang bayaqkan..selagi tak tutup mata,kerja..kerja..kerja..huhu..mmgla org kata duit bukan segalanya tapi klu tak dak duit, nak makan, nak minum, nak pakai apa?

  4. akibat kongkongan sistem dan latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan, membuatkan ramai rakan-rakan aku yang jauh lebih rajin, gigih dan pintar dari aku, masih lagi terhimpit dengan kesusahan hidup hampir sama seperti yang dilalui oleh generasi ibu bapa mereka. ..aku stuju dgn stement ko..
    tambahan bila parent asyik cari duit sampai anak terabai.. sayang ar..tapi buat mcm mana desakan hdup ;

  5. mulut orang mmg macam2 jenis ada kan, yg bajet diorang ‘senang’ sebab dioranglah yang paling rajin dlm dunia, bajet apa yg diorang capai tu atas usaha diri sendiri semata2, takde dpt pertolongan mana2 pihak pun, kononnyelah, konon… padahal rezeki dan dugaan masing2 lain2 punya, bukan sama… sabaq je ler bro, biarkan diorang dgn konklusi ringkas diorang tuh, selagi kita hidup, selagi tu ujian akan melanda… dunia ni adalah sebuah dewan peperiksaan yang besar yang mana ujian akan tamat apabila kita mati saja, masing2 dapat set soalan yang berbeza, namun ianya tetap adil… hahah ^^

  6. niesa pun agak bengang bila ada sesetgh pihak kata golongan susah ni pemalas..kdg2 bila fam susah xmampu nk tanggung pembelajaran..bila kerja majikan pn bgi gaji ikut tahap la kan..wpn kerja bertungkus lumus kerja overtime setiap hari tp xmampu utk buat kita jadi kaya pun. hehe. sebagai contoh abg niesa, dulu dia mmg nk sgt sambung belajar, nk cakap xpandai abg niesa kalau blaja mmg pandai..tp yelah kami adik bradik ramai nk tanggung yg kecik2 lgi mmg xmampu la kan..sekarang abg niesa kerja gaji pn brapa je wpn blh kata hampir setiap mlm dia overtime..tp sekarang dia dh x harap dh dgn gaji sbb dia buat kerja sambilan mengaja org muay thai n bisnes kecik2 jual tshirt n alatan utk bermuay thai..boleh la tampung perbelanjaan harian dia yg baru kawen..

    maaf meluahkan perasaan pulak kat sini..bahaha..sedih bila fikir betapa susahnya org tua kluarkan blanja n kerja keras utk tampung hidup.. ;-( ;-( ;-(

  7. betul tu…zaman sekarang nak survive bukan untuk kesenangan tapi untuk keselasaan pun payah…kena pulak kalau hidup di tengah kotaraya ini…golongan yang kata orang miskin ini pemalas nie biasanya terdiri daripada 2 jenis…sama ada dia memang dilahirkan tanpa perlu merasa kesusahan atau pun dia berasal dari orang yang susah dan sekrang dah lupa diri…

    Regards,
    -Strider-

Tinggalkan komentar