Utama Perkakasan Qualcomm Qualcomm melancarkan pemprosesan Snapdragon 7 Gen 4

Qualcomm melancarkan pemprosesan Snapdragon 7 Gen 4

26
0
Taking photo of modern city in evening with smartphone, focus on hand

Qualcomm secara rasminya telah mengumumkan penambahan baharu untuk barisan pemprosesan menengah melalui Snapdragon 7 Gen 4. Berbanding sebelum ini, pemprosesan baharu ini memberikan prestasi yang lebih baik dari segi keupayaan CPU, GPU dan AI disamping memperkenalkan ciri-ciri baharu.

Snapdragon 7 Gen 4 dikuasakan oleh Kryo CPU dengan satu teras Prime diklokkan pada sehingga 2.8GHz, empat teras Performance yang dijalankan pada sehingga 2.4GHz, dan tiga teras Efficiency pada sehingga 1.8Ghz. Ia menawarkan peningkatan 27% dalam prestasi CPU berbanding Snapdragon 7 Gen 3. Untuk grafiknya, GPU Adreno menawarkan pengolahan grafik 30% lebih pantas.

Tumpuan utama pada pemprosesan ini terletak pada keupayaan AI yang telah dipertingkatkan dengan sokongan untuk pembantu AI generatif atas peranti dan LLM. Pemprosesan baharu ini juga merangkumi penjanaan imej lebih baik dengan Stable Diffusion 1.5, yang merupakan pertama kali diperkenalkan pada siri ini. Secara keseluruhannya, Snapdragon 7 Gen 4 menawarkan peningkatan 65% prestasi AI berbanding generasi sebelumnya.

Untuk sokongan kameranya ia mampu sehingga 200MP dengan video 4K HDR pada 30 fps. Snapdragon 7 Gen 4 juga menampilkan pengurangan hingar berbilang hingar dan yang pertama di dalam siri ini menyertakan perkakasan penstabil imej elektronik. Pemprosesan ini juga dipertingkatkan keupayaan ketersambungan dengan sokongan Wi-Fi 7 untuk kelajuan Wi-Fi puncak 5.6Gbps. Selain itu, ia juga yang pertama di dalam siri ini yang mempunyai sokongan Bluetooth 6.0.

Menurut Qualcomm, HONOR dan vivo merupakan pengeluar telefon pintar pertama yang melengkapkan produk masing-masing dengan pemprosesan baharu ini. Sungguhpun Qualcomm tidak menyatakan apa model tersebut, ia menyatakan peranti pertama tersebut dijangka akan diumumkan di dalam bulan ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.