Pengeluar automobil nasional pertama, Proton telah memperkenalkan aplikasi khusus berkaitan dengan produknya untuk peranti-peranti iPhone dan Android. Aplikasi tersebut dinamakan sebagai MyProton dan kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Pemilik kenderaan Proton tentunya dapat memanfaatkan aplikasi ini kerana ia boleh digunakan untuk membuat tempahan temujanji penyelenggaraan di pusat-pusat servis Proton terpilih.
Selain itu, bagi yang berminat untuk memiliki model-model Proton yang terbaru turut berpeluang untuk membuat temujanji melakukan pandu uji. Malah, aplikasi ini turut menyediakan fungsi pengiraan pinjaman pembelian kenderaan.
Sebagai salah seorang pemilik Proton, pengenalan aplikasi ini diharapkan dapat memberikan input berguna dari jutaan pengguna Proton selain meningkatkan mutu kualiti dan perkhidmatan jenama kenderaan nasional ini. Memang Proton ni banyak kelemahannya, tapi kalau ada sebarang kemajuan tentunya akan disambut baik oleh peminat-peminat Proton.
-Muat turun di Google Play Store dan Apple App Store














salam..
wahh..dah ade apps..maju dah! good
bila kete lain nk buat jgk ni.. ^o^
Haha. Kena la maju, kalau tak hari-hari la kena maki dengan pengguna Proton. Dulu masa power window Waja problem, entah berapa ribu orang yang maki-maki waktu nak bayar tol. Belum lagi kira time air cond problem, tingkap tak boleh nak bukak.