Projektor Samsung The Freestyle kini boleh didapati menerusi Samsung Malaysia Online Store, Lazada, Shopee dan wakil pengedar yang sah di seluruh Malaysia.

The Freestyle merupakan projektor pintar mudah alih yang menggabungkan visual berkualiti tinggi dan audio imersif 360 darjah bagi memberikan pengalaman tontonan hiburan yang lebih mengasyikkan.

Seberat 0.7kg sahaja, The Freestyle mengetengahkan ciri mempermudahkan penggunaan dan juga senang untuk dibawa ke mana sahaja. Untuk menggunakan projektor ini sememangnya mudah, anda hanya perlu menempatkannya ada permukaan rata, hidupkannya dengan kabel mikro-HDMI dan tetapkan sudut pancarannya.

The Freestyle setersunya akan melaraskan skrin secara automatik menggunakan ciri Auto Keystone dan pemprosesannya akan melaraskan sendiri lensanya. Ciri Auto Focs dan Auto Leveling yang disediakan mampu memastikan imej yang dipancarkan kekal jitu dan skrinnya kekal pada posisi sungguhpun projektor berkenaan ditempatkan pada permukaan yang menyenget.

Anda dapat menikmati pelbagai kandungan dengan pelbagai kaedah menggunakan The Freestyle. Luas pancaran yang dipaparkannya mampu mencecah sehingga 2.5 meter pada mana-mana permukaan sama ada dinding, siling dan juga lantai. Bagi anda yang berminat, berikut adalah harga yang ditawarkan di pasaran Malaysia.

Model Harga Saranan Cenderahati percuma *
SP-LSP3BLAXXM RM4,999 The Freestyle Case (Dark Green) & Skin (Forest Green) bernilai RM498

*Sehingga stok masih ada. Mengikut terma dan syarat.

Anda boleh mendapatkan Samsung The Freestyle pada harga pasaran RM4,999 dan berpeluang menerima aksesori percuma berbentuk The Freestyle Case (Dark Green) dan Skin (Forest Green) bernilai RM498 bermula dari sekarang sehingga 31 Julai 2022.

Untuk menikmati tawaran eksklusif ini, rebutlah peluang untuk mendapatkan The Freestyle di Samsung Malaysia Online Store, Lazada, Shopee dan wakil pengedar yang sah di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut, layari https://www.samsung.com/my/projectors/the-freestyle/the-freestyle-sp-lsp3blaxxm/

Tinggalkan komentar