Pos Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan urusan berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kembali beroperasi bermula dari 9 Ogos 2021.
Pengumuman ini dibuat berikutan penamatan moratorium pembaharuan lesen memandu (LMM) dan lesen kenderaan motor (LKM, roadtax) akan tamat pada 30 September 2021.
Pada masa yang sama, para pelanggan yang ingin melakukan urusan berkaitan JPJ di Pejabat Pos Malaysia perlu menempah slot janji temu terlebih dahulu.
Anda boleh melakukannya dengan menggunakan fungsi Outlet Finder di laman web rasmi Pos Malaysia dan aplikasi mudah alihnya.
- Menerusi laman web rasmi Pos Malaysia atau aplikasi mudah alihnya, pergi ke menu Outlet Finder.
- Seterusnya, terdapat pop-up notifikasi yang mengajukan sama ada anda membenarkan web ini mengakses lokasi semasa anda. Klik ‘Allow’ jika anda benarkannya dan peta lokasi akan menunjukkan Pos Malaysia berhampiran anda.
- Anda juga boleh melakukan carian secara manual di dalam Outlet Finder dengan memasukkan alamat, poskod, bandar, atau negeri pada kotak carian.
- Pada cawangan Pos Malaysia pilihan anda, klik pada ‘Book your JPJ service appointment‘

- Di halaman berikutnya, terdapat tiga bahagian iaitu Select service, Select time dan Add your details.
- Pilih urusan yang anda ingin lakukan di dalam Select service
- Pilih masa janji temu anda di Select time
- Lengkapkan butiran peribadi anda di dalam Add your details.
- Setelah selesai semuanya, tekan pada butang ‘Book‘
Anda hanya dibenarkan untuk menempah satu slot temujanji dalam satu tarikh dan maksimum tiga urusan transaksi bagi setiap temujanji. Langkah ini dilakukan bagi tujuan pematuhan prosedur operasi piawai (SOP) dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.
Selain dari menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia, anda juga boleh melakukan urusan pembaharuan lesen memandu (LMM) dan roadtax (LKM) secara online menerusi MySikap dari JPJ atau melalui portal MyEG.













