Poco baru-baru ini telah pun melancarkan telefon pintar keluaran terbarunya, Poco X2. Model telefon pintar Poco keluaran terbaru ini merupakan kesinambungan dari Pocophone F1 yang dilancarkan pada tahun 2018.
Sungguhpun jenama ini sudah mula bergerak sendiri secara berasingan dari Xiaomi, telefon pintar terbaru ini bagaimanapun masih lagi datang dari jenama induknya.
Hal ini disebabkan oleh Poco X2 secara asasnya adalah model Redmi K30 yang telah dijenamakan semula. Ia bukan hanya kelihatan sama dari segi reka bentuk luarannya, malah spesifikasinya turut serupa.
Poco X2 hadir dengan paparan 6.67-inci HD+ Penuh yang menyokong standard HDR 10 dengan kadar segar semula 120Hz.Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 730G, Poco X2 ditawarkan dengan pilihan konfigurasi sehingga RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.
Selain menyediakan penderia cap jari yang ditempatkan pada sebelah sisinya, Poco X2 turut menyediakan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 27W melalui pengecas yang disertakan bersama pembeliannya.
Here’s a final list of the unbelievable specs that the #POCOX2 has to offer for an experience that’s #SmoothAF!
– #120HzDisplay
– Qualcomm Snapdragon 730G
– LiquidCool technology
– 4500 mAh battery
– 27W charger in-box
– 64MP Quad camera Sony IMX 686
– 20 MP dual front camera pic.twitter.com/r6J55TkgVw— POCO India (@IndiaPOCO) February 4, 2020
Untuk harganya pula, Poco X2 dengan konfigurasi 6GB/64GB dijual pada harga Rs. 15,999 (lebih kurang RM 925). Manakala model 6GB/128GB dan 8GB/256GB pula masing-masing disenaraikan pada harga Rs. 16,999 (lebih kurang RM 982) dan Rs. 19,999 (lebih kurang RM 1,156).
Setakat ini masih belum diketahui sama ada telefon pintar terbaru keluaran Poco ini bakal hadir memasuki pasaran Malaysia.
Sumber maklumat diperoleh dari Twitter Poco India













