POCO akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar bajet di pasaran Malaysia, POCO M4 5G. Boleh dikatakan ia merupakan POCO M4 Pro versi ‘ceroi’ jika dibandingkan dengan yang dilancarkan pada tahun lepas.

Telefon ini menampilkan paparan yang lebih kecil 6.56-inci 1080 dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan pengimbas cap jari pada butang sisinya. POCO M4 5G hadir dengan antaramuka MIUI 13 for POCO yang berasaskan Android 12 dan didatangkan dengan pilihan warna Power Black, Cool Blue, dan POCO Yellow.

POCO M4 5G menggunakan cipset MediaTek Dimensity 700 dengan pilihan RAM 4GB atau 6GB dan pilihan storan sehingga 128GB. Ia tidak didatangkan dengan ruangan storan tambahan. Pun begitu, telefon bajet POCO ini menyediakan fungsi sokongan penambahan RAM secara maya melalui Memory Extension.poco-m4-5G POCO Yellow

Hanya dua buah sensor disediakan pada kamera belakang POCO M4 dengan salah satunya 13MP sebagai kamera utama, dan satu lagi kamera berkedalaman 2MP. Pada sebelah hadapannya disediakan sebuah kamera 5MP yang turut menyokong fungsi menyahkunci telefon secara pengecaman wajah yang dikuasakan AI.poco-m4-kamera

Telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G ini turut menyokong Wi-FI dwi-jalur, NFC, Bluetooth 5.1 dan juga pemancar gelombang infra-merah (IR). Turut disediakan bicu audio 3.5 pada telefon yang menyediakan satu pembesar suara pada sebelah bawahnya.poco-m4-power Black

Menguasakan telefon pintar bajet ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan yang disokongnya sehingga 18W. Sungguhpun mempunyai bateri yang berkapasiti besar, POCO tidak menyediakan sokongan pengecasan berbalik pada telefon pinar ini.

POCO M4 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Ogos ini di kedai rasminya di Shopee dan Lazada pada harga RM699 untuk konfigurasi 4GB + 64GB dan RM899 untuk konfigurasi 6GB + 128GB. Bermula dari 18 Ogos sehingga 24 Ogos nanti, POCO M4 5G akan dijual pada harga promosi masing-masing RM649 dan RM799 mengikut pilihan konfigurasi.

Tinggalkan komentar