Lanjutan dari pengumuman semalam, POCO secara rasminya memaklumkan POCO F2 Pro akan memasuki pasaran tempatan bermula pada 10 Jun ini.
POCO F2 Pro, secara asasnya merupakan telefon pintar Redmi K30 Pro yang dijenamakan semula oleh Xiaomi. Telefon pintar ini dilengkapkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 865 bersama-sama kuad-kamera 64MP dan kamera swafoto pop-naik 20MP.
Untuk pasaran Malaysia, telefon pintar ini hadir dengan dua konfigurasi, iaitu RAM 6GB, storan dalaman 128GB dan RAM 8GB, storan dalaman 256GB.
Harga bagi POCO F2 Pro 6GB / 128GB boleh didapati dengan RM 2,199. Manakala konfigurasi 8 GB / 256GB pula ditetapkan pada harga RM 2,599. Pembelian POCO F2 Pro berkonfigurasi 8GB / 256GB bakal menerima cenderahati percuma berbentuk BlackShark FunCooler selagi stok masih ada.













