Xiaomi telah mengumumkan telefon pintar baharunya di Malaysia, POCO C85. Peranti ini merupakan model terkini di dalam siri peringkat pemula C dan direka mengikut kesesuaian penggunaan harian.
Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini menampilkan paparan 6.9-inci 720p dengan kadar penyegaran semula 120Hz, dan kecerahan puncak 810 nits. Selain dari itu, ia didatangkan dengan bicu 3.5mm dan sensor pengimbas cap jari pada sisinya. Badan telefon pintar ini juga mempunyai penarafan kerintangan debu dan air IP64.
Di dalamnya, POCO C85 dimuatkan dengan pemprosesan MediaTek Helio G81-Ultra, bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB. Kapasiti baterinya pula sebesar 6,000mAh yang menyokong pengecasan 33W dan pengecasan berbalik 10W. Untuk perisian, ia menggunakan Android 15 melalui antaramuka Xiaomi HyperOS 2.
Untuk pengimejannya pula, telefon pintar harga rahmah ini menampilkan kamera utama 50MP di bahagian belakangnya, serta kamera 8MP di bahagian hadapannya.
POCO C85 boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasminya, serta di platform e-dagang Shopee dan Lazada. Terdapat tiga warna pilihan yang ditawarkan yang terdiri daripada Ungu, Hitam dan Hijau. Untuk harga, varian paling rendah 6GB+128GB dijual pada RM439, manakala varian 8GB+236GB pula berharga RM499.
Bersempena pelancarannya, Xiaomi menawarkan POCO C85 pada harga diskaun bermula dari 1 September sehingga 16 September 2025 seperti berikut:
- POCO C85 6GB+128GB – RM399
- POCO C85 8GB+256GB – RM459