POCO pada Oktober tahun lalu telah melancarkan telefon paling mampu milik keluarannya, POCO C3. Sebanyak 2.5 juta unit telah terjual di India sahaja.
Baru-baru ini, POCO telah meneruskan kesinambungan siri berkenaan dengan melancarkan POCO C31 untuk tahun ini. Ia merupakan siri kedua bagi model barisan telefon berkenaan.
POCO C31 dikuasakan oleh cipset Helio G35 dengan RAM 4GB dan storan 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 512GB.
Sistem operasi telefon pintar ini bagaimanapun menggunakan Android 10 yang agak ketinggalan. Namun, ia masih lagi berbaloi memandangkan ia bebas dari sebarang bentuk iklan dalam sistemnya.
Paparan POCO C31 menawarkan skrin HD+ 6.53-inci 20:9 dengan Persijilan Mod Pembacaan TUV Rhineland. Di hadapannya juga turut menempatkan kamera swafoto 5MP.
Permukaan belakang telefon ini diberikan kemasan polikarbonat dengan turut menempatkan sistem tri-kamera. Ia terdiri daripada satu kamera utama 13MP, satu kamera makro 2MP, dan kamera berkedalaamn 2MP. Turut disediakan pengimbas cap jari pada bahagian belakangnya.
Selain itu, telefon ini juga dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh yang mampu bertahan sehingga 1,000 kali kitaran pengecasan.
Thatβs all from our end, folks! Now all thatβs left for you to doβ¦ is grab your #LifeTested #POCOC31 at these incredible prices in the #BigBillionDays sale! See you on the other side ππππ! #POCOIndia #MadeofMad pic.twitter.com/kotHXqhC2v
β POCO India (@IndiaPOCO) September 30, 2021
Telefon yang menawarkan dua pilihan warna iaitu Royal Blue dan Shadow Grey ini akan mula dijual di India pada 2 Oktober ini.