Kuala Lumpur, 16 Mei 2025 – Sempena sambutan Hari Guru 2025, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), merakamkan perutusan penghargaan istimewa buat para pendidik di seluruh negara menerusi kolaborasi kreatif bersama watak animasi kebanggaan tempatan, Ejen Ali. Video perutusan imaginatif ini memaparkan rakaman aksi-nyata (‘live-action’) PMX yang melangkah masuk ke dalam dunia animasi 3 dimensi Ejen Ali untuk bersama meraikan peranan guru dan sumbangan mereka dalam membentuk nilai pendidikan moden. Initiatif ini bersempena pelancaran Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) yang bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi, sekali gus menjadi pendekatan baharu yang lebih mesra dengan generasi muda.
@harianteknologi PMX BERGANDING BAHU BERSAMA EJEN ALI MERAIKAN HARI GURU DENGAN UCAPAN ISTIMEWA! #ejenali #ejenalithemovie2 #pmx @officialejenali
Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dengan ucapan penuh makna, menyatakan, “Hari ini kita berkumpul untuk meraikan wira luar biasa, guru-guru kita. Seperti ejen-ejen terhebat, mereka sentiasa berjuang di medan ilmu, memastikan misi pendidikan tercapai. Semangat mereka tinggi menjulang menjadi tunjang utama negara kita. Saya bersama wira muda kita, Ejen Ali dan rakan-rakannya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik kita, mengajar kita, mendidik kita, menyampaikan ilmu semata-mata untuk melahirkan generasi Madani. Sebab itu Ejen Ali, ingat jangan ada angkuh, buli, Ejen Ali akan ada dan bantu kita.”
Dalam ucapannya sempena Sambutan Hari Guru 2025 yang bertemakan “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa guru memegang peranan penting sebagai ejen transformasi pendidikan. Bukan sekadar penyampai ilmu, guru juga merupakan tunjang utama kemajuan bangsa dan wira sebenar yang mencorak masa depan negara. Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa menghargai, menghormati, dan menyanjung tinggi pengorbanan guru, yang jasanya tidak ternilai dan kekal terpahat dalam setiap kejayaan anak bangsa.
Seiring dengan sahutan tersebut, kerjasama bersama watak utama siri animasi tempatan yang disayangi ramai, Ejen Ali, bukan sekadar hiburan, tetapi juga menjadi lambang aspirasi selaku ikon keberanian, keazaman, dan nilai positif dalam kalangan kanak-kanak serta remaja Malaysia. Nilai-nilai inilah yang menjadi teras utama perwatakan Ejen Ali dalam EATM2, yang mengetengahkan tema perjuangan, integriti, dan keberanian menegakkan kebenaran, selari dengan peranan guru dalam dunia nyata. Ucapan istimewa PMX bersama Ejen Ali diharap dapat menyemarakkan semangat menghargai guru, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Jangan sekadar dengar cerita, alami sendiri evolusi epik dunia EATM2 di layar perak bermula 22 Mei 2025! Filem animasi penuh aksi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya bakal menyajikan pengalaman menonton yang mengujakan. Kepada peminat tegar Ejen Ali, tiket tayangan awal pada 20 dan 21 Mei sudah boleh dibeli sekarang!
Ejen Ali The Movie 2 dibawakan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions. Terus membakar semangat anda menjelang tayangannya dan sahut panggilan misi dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di semua platform media sosial.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif, dan kemas kini di sebalik tabir menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios.Film.
Tonton Video Ucapan Hari Guru 2025 PMX x Ejen Ali di:
TikTok: www.tiktok.com/@officialejenali
Facebook: www.facebook.com/ejenali
Instagram: www.instagram.com/ejen_ali
Twitter: www.twitter.com/ejen_ali
Bersiap sedia, Ejens! Misi diteruskan!
#EjenAli #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMY