Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PLUS Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk melabur di dalam pembangunan tenaga hijau lestari.
Agenda utama di dalam dokumen berkenaan menyenaraikan pembinaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
MoU ini juga menggariskan inisiatif membina bumbung yang dilengkapkan dengan panel suria di beberapa hentian rehat dan rawat (R&R). Kelengkapan tersebut turut disokong oleh sistem pemantauan kecekapan tenaga bagi mengoptimumkan penggunaannya.
Kerjasama ini dilaksanakan bagi menjayakan tiga inisiatif ke arah kelestarian tenaga hijau seperti:
(3/4)
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) March 11, 2022
Dokumen yang ditandatangani pada Jumaat lalu diwakili oleh Presiden dan CEO TNB Datuk Ir. Baharin Din and Managing dan Pengarah PLUS Datuk Azman Ismail di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Majilis menandatangani perjanjian ini turut disaksikan bersama oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Perincian mengenai pelaksanaan inisiatif ini bagaimanapun masih lagi belum diumumkan pada ketika ini.
TNB dalam pada masa yang sama sedang bekerjasama dengan beberapa pihak seperti Sime Darby Motors dan BMW Group Malaysia bagi mempercepatkan penerimagunaan EV dan perluasan infrastruktur pengecasan di Malaysia.
Januari lalu, Shell Malaysia telah mengumumkan rangkaian High Performance Charging (HPC) melalui pemasangan 12 pengecas 180kW di enam buah stesen Shell di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Stesen pertama dengan HPC ditempatkan di Shell Tangkak Arah Selatan. Menurut laporan, untuk kenderaan yang menyokong pengecasan 180kW, ia mengambil masa 30 minit untuk dicaskan dari 0-80%.
Lanjutan dari pengumuman insentif EV ketika pembentangan Belanjawan 2022 lalu, kini semakin banyak pengeluar kereta memperkenalkan model EV terbarunya di pasaran Malaysia. Dalam minggu ini sahaja, dua buah model telah diperkenalkan iaitu Hyundai Ioniq 5 dan Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line.
Imej pengatas dari Facebook TNB Careline













