PLUS telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf berhubung kesukaran yang dihadapi oleh pengguna berikutan pelaksanaan kaedah pembayaran RFID. Syarikat konsesi lebuhraya ini juga menyatakan mengenai langkah penyelesaian kesesakan trafik dan juga kebimbangan pengguna terhadap RFID.

Lanjutan dari kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, PLUS menyatakan pilihan pembayaran RFID telah sedia wujud bersama-sama SmartTAG dan Touch ‘n Go di kebanyakan rangkaian lebuhraya dengan tol terbuka sejak 2018.

PLUS telah memperkenalkan RFID sebagai tambahan pilihan pembayaran pada 15 Januari 2022 bagi memenuhi keperluan pengguna rentas negeri.

Mengambil pandangan pengguna SmartTAG sedia ada, PLUS akan mengaktifkan semula 19 laluan SmartTAG di 16 plaza tol pada Selasa minggu depan, 25 Januari 2022. Pada 19 Februari pula, 24 laluan lagi akan diaktifkan untuk kegunaan SmartTAG di 18 buah plaza tol lagi. Secara keseluruhannya, sebanyak 43 laluan SmartTAG akan diaktifkan semula pada bulan depan.

Selain itu, PLUS juga sedang mengoptimumkan prestasi sistem dan meningkatkan kecekapan pengesanan di laluan RFID. Antaranya pengenalan palang “double-arm” di plaza tol yang mempunyai kadar aliran trafik yang tinggi. Bagi meningkatkan kadar pengesanan RFID, PLUS juga akan mengecat petak pengesanan RFID bagi membantu pengguna berhenti di lokasi pengesanan yang tepat.

Tinggalkan komentar